Thursday, November 11, 2010

Last

Paper terakhirku bakal tiba hari ahad ini,doakan agar aku berjaya dengan cemerlangnye.
AMEEENNN

J's

Tuesday, November 9, 2010

3Jam

Itu adalah waktu terbaik
aku menghabiskan sisa kehidupan
malam ku
aku dan housemateku
di

cc

Sumpah sekarang neh gua tengah tensi dengan pelbagai masalah.Masalah alah itu normal la kan,plus aku sekarang tengah final,last paper to go.Tadi paper Introduction to Personal Finance.Okay story pasal paper tu,a day before paper tu gua baru dapat tau yang selama gua study subject tu,testbank textbook ape ke lancau semua tu,yang aku study selama ini untuk degree nanti.mak aiihhh(T_T!) memang terbaik lah.Then tengok soalan final pon bukan untuk dip aku punye yang aku buat neh untuk degree level lah,memang nak buat fast track ke ape neh kan...hishhh gua da kusut nasib belajar dengan budak dekan,hehe gua tak dekan tapi cita-cita tu ade kan.Takpe boy nanti dapat gua dekan tu(monolog dalaman).


Time jawab paper gua agak frust sebab ade yang gua tak dapat.Tak tinggal tapi ape yang gua tau tu yang gua tulis.Fuhhhh lepas paper memang rase agak lega lah sebab lepas neh paper tak der la susah sangat aku ingat....mungkin lah mane tahu kan.Pape pon just berdoa boleh buat lulus dengan cemerlang..Setakat lulus pon tak gune jugak,gua nak naikkan pointer gua sem neh.Doakan Gua Kawan2.

J's




Monday, November 8, 2010

Kembali

Atas desakan rakan-rakan
aku akan kembali ke blog aku yang dah lama aku tinggalkan
dah lama aku tak menulis
dan aku sangat-sangat malas
untuk berkongsi cerita
tengok lah macam mana nanti

Tuesday, June 1, 2010

Oh Kerja


Kerja Oh Kerja

Dusss Tomorrow going to be tough

Dah Start Kerja with Ambank

so I can't playing around anymore

Oh God ('=

Please Give me Some Courage For This

Ameeen!

Sunday, May 23, 2010


All things are same right now,

wake up in the evening,


lepak-in with abedoll apai dan lain-lain..


Duss bila nak buat benda lain neh

Monday, May 17, 2010

Karma

I Do believe in karma, why because it happens to me right now, sumpah hari neh gua tak pernah tengok bapak gua happy semacam hari ini sebabnya hari neh aku,mama dengan abah pergi Hospital Tawakal sebab today memang ada appointment dengan Dr Shukor, dia specialist yang rawat abah aku and then today supposed to be Dr.S check blood abah nak tengok virus yang ada and today lah yang decide whether abah kene operate atau tidak and then before jumpa doctor aku ada borak with assistant Dr.S, and aku tanya lah pasal benda ne, perghh tak nak pukimak pulak dia cakap after operation chance abah aku nak berjalan balik just 50% aku terdiam kutt bukan aku nak mintak abah jadi macam tu but if jadi macam tu...aduyyy i can't accept this thing entah lah aku belum ready benda-benda macam ini lagi,aduyyyy and then doctor masuk perghhh tak nak sisemmm pulak dia masuk en,haha nak tergelak pon ade tapi gua kool je sebab sekarang cerita pasal benda serious tak kan nak gelak-gelak pulak en..then doctor keluar kan file-file die then tengok result from blood test perghhh muke serious and then aku rase macam akan ada sesuatu berita yang tak sedap mungkin di dengari kejap lagi, then doctor ckp 'Tuan dan puan, i've something to tell you about regarding Mr.Jamaluddin disease,from what i known and from lab report and blood test yang encik buat tadi, i've good news to tell you that you don't need to do an operation because the virus in your body are become tinny and weaker tak macam dahulu first time you know about this maybe because the medicine yang encik ambil'... perghhhh muke abah tak nak senyum panjang en sebab tahu tak payah kene operate but doctor cakap lagi a month on 26th june kene datang balik nak check lagi sekali if okay memang tak payah.Abah cakap this the happiest momoment ever right now,aku pon happy jugak lah dengar berita macam ne sape tak happy bai dengar abah sendiri tak payah kene operate en....Entah lah after dengar berita tu abah happy semacam,jarang gila kutt time dia kerja nak bawak kami sekeluarga pergi lunch together,sumpah aku rasa ini first time abah buat macam itu en,then settle kan about ape entah dengan lawyer abah then balik rumah,on the way pon abah happy semacam je tambah pulak tadi adik aku yang paling kecil sekali,dek na mama cakap teacher dekat tadika dia cakap dek na doing well in her class tambah lagi happy la orang tua tu en, balik rumah sampai bilik aku terfikir mula-mula tahu pasal benda macam kutt jadi dekat aku,dengan bergadoh dengan orang itu ini, mula jadi kawan rapat lepas tu bergadoh sampai putus kawan,dengan budak rumah pon same bermasam muka but now dah boleh bergurau senda dengan mereka banyak lagi masalah aku but now semua macam ikut flow and i'm very thankful of that. Aku manusia biasa tetapi aku memang ada attitude problem aku tak tahu kenapa tetapi aku tak boleh jadi fake better i'm what i'm rite i'm not someelse i'm syzwn J (=

*sori aku banyak melalut sekarang dah pukul 3.04AM 18/5

Monday, May 10, 2010

Pilihan

Hidup ini acapkali didatangi dengan pelbagai masalah dan kita sering kali mendapat pelbagai pilihan untuk menyelesaikannya dan adakalanya pilihan itu bukan pilihan yang terbaik yang dilakukan oleh kita dan disetiap kesilapan yang kita lakukan pasti ada hikmah mahupun rahmat yang terselindung disebalik kesilapan itu, aku tak mahu bercerita panjang lebar mengenainya apa yang tersirat dihatiku cuma masalah yang semakin lama aku pendam semakin pening aku memikirkannya

bukan apa ini melibatkan orang yang paling aku sayang dan paling penting dalam hidup aku, terfikir jika tiada dia memang aku tiada dekat dunia ini,Hurmm aku mendapat berita ini sewaktu aku didalam final examination diketika itu aku balik ke rumah kononnya meminta keberkatan untuk menjawab kertas aku nanti dari kedua ibu bapa aku, balik macam biasa lah,sampai rumah cari kawan-kawan dahulu, hafiz,syafik,kiki &lain2 (ramai sangat karang habis satu page sebut nama korang je guys (= ) lepak dekat maple senda-gurau and then aku balik tengok semua yang dalam rumah aku kelihatan sugul dan serius sekali,

agak ganjil jugak lah sebab rumah aku tak pernah macam itu selalunya dipenuhi dengan gelak ketawa mahupun bebelan dari adik kecil ku. Bertanya kenapa semua macam ini dan jawapan yang ku dapat hanya pelukan dari mama aku agak bingung kenapa mama berkelakuan seperti ini. Aku bertanya kenapa mama macam ini apa yang terjadi, mama mengatakan yang abah sedang sakit, aku hairan dengan kenyataan itu,ya aku tahu abah ada penyakit tapi kenapa sampai macam ini, mama mengatakan yang abah di jangkiti virus TB, aku agak pelik bukan ke TB tu batuk kering ke?? mama cakap tu lain yang ne Virus TB same like cancer aku macam terkedu, aku seperti hilang ayat untuk berkata-kata mama mengatakan yang Virus tu dah seperate tu backbones, apa yang aku tahu abah perlu dibedah untuk membuang tulang yang telah dijangkiti virus dan tulang belakang abah akan diganti dengan tulang rusuk abah. Adusss perlu ke semua ini bermacam persoalan yang bermain di benak fikiran aku sekarang, dari apa yang aku tahu kemungkinan yang abah akan di bedah awal bulan Jun ini dan apa yang tersirat dihati aku, kalau abah jadi buat operation dan doktor dah cakap awal-awal lagi kalau abah operation at least abah kene rehat untuk 3 bulan minimum,dalam 3 bulan tu aku tahu yang company akan bagi gaji but only at basic payment,wtf!! bukan aku tak bersyukur,aku sangat-sangat bersyukur tapi memang tak cukup untuk tampung expenses kami sekeluarga dengan akak aku baru je kerja gaji berapa lah sangat kalau dia nak tolong sangat kan dan aku berfikir kalau abah operate maknanya tanggungjawab 'ketua keluarga' already at my shoulder nak tak nak aku memang kene galas tanggungjawab tu kan. Aku ada berbincang dengan semua family members yang aku nak tolong if abah jadi operate nanti, aku ada beberapa pilihan antaranya

1.Aku berhenti belajar, cari kerja
Bukan aku dah tak minat belajar,tapi aku rasa dah tiba masa untuk aku bertanggung jawab untuk keluarga,biarlah aku korbankan masa depan aku untuk keluarga sebab keluarga aku lagi penting dari masa depan aku,ya memang aku tak nafikan yang pelajaran penting untuk menjamin masa depan aku tapi dengan situasi sekarang adakah ianya menjamin keluarga aku dengan masalah ini yang aku rasa memang tiada jalan penyelesaiannya. Aku dah fikir kalau aku berhenti aku dah dapat tempat untuk aku berkerja, kerja office kerja biasa, sementara menunggu abah sihat aku ingat pagi aku kerja di office malam pulak aku dengan shisha itu sahaja cara untuk aku membantu keluarga aku untuk mencari rezeki.

2. Teruskan study, part-time job
Ramai rakan-rakan dan teman-teman yang suruh aku buat macam ini,tapi buat part-time job berapalah sangat yang boleh aku dapat,setakat 600-700, jumlah tu mana cukup untuk bagi dekat family aku. Kalau itu yang aku bagi cuma dapat bayar beberapa bil je lah kan,mana cukup duit belanja dapur lagi, duit kereta, kad kredit,bla bla bla too many bills yang aku tengok abah settlekan monthly,dusss memang tak cukup ahhh if aku buat part-time kan,kan,kan???

3.Continue nue nue study dont' bother bout this matter
Yang ne abah punya suggestion,duss lagi aku tak boleh terima,im not against your abah, but tak kan orang nak duduk diam je,for sure hati tak tenang dekat bangi if i'm continuing my study,abah pesan apa-apa jadi pon abah nak tengok aku grad dekat sana,dussss tension lah.Abah cakap if dah desperate sangat auntie norlia nak tolong,duss bab pinjam-pinjam neh aku tak berapa suka memang lah kadang-kadang kita perlukan pertolongan tapi nanti aku takut orang lain ungkit benda-benda macam ini,cukup lah dahulu punya hal aku dah tak nak benda neh jadi issue lagi...

tolong lah,aku dah tak tahu nak buat apa lagi buntu fikiran aku sekarang ..