Monday, November 30, 2009

Mereka

Terfikir
macam-macam benda dah kau buat dkt aku
aku tak pernah pun sakitkan hati kau
cuba kau paham apa yang aku rasa
Ya,
aku ada melakukan kesilapan
but..
everybody makes mistake and everbody deserver second chancekan
Ya,
aku sibodoh
kerana terlalu percaya akan dirimu
segala kata-kata kau aku telan
"dia penyebab segalanya boy"
beberapa kata-kata dari rakan-rakan
yang menjadi selama ini menjadi tulang belakangku
Ya,
Kawan-Kawan adalah segalanya bagiku
ada juga yang tidak bersetuju
kerana
bagi mereka keluarga adalah penting
tetapi
bagiku tidak juga kerana
setelah beberapa episod yang telah ku lalui
Mereka tetap bersama aku
dimasa susah
dimasa senang
kala tangis
kala tertawa
Mereka tetap bersama ku
Apa-apapun aku tetap sayang mereka
:E

Sunday, November 29, 2009

REHAB

kembali semua setelah sekian lama menyepi
maafkan aku kawan-kawan
aku banyak menyusahkan kamu semua
beribu kemaafan dipinta
special thanks to
  • Hafiz
  • Syafik
  • Aziz
  • Hafizarizie(teman rapat dikolej)
  • Eka
  • Adila Azhar
  • Aimin Mohsin
  • Rara
  • Afiqah Ismail

mereka orang yang mendengar segala masalah aku

ya aku memang bermasalah

ADE AKU KESAH???

Saturday, November 7, 2009

7/11

The Making of Birthday Girl
*Amaran Cerita ini mengandungi perbuatan lucah bagi korang tapi da jadi bende biase da kt penulis

Sebelum itu Satu soalan untuk korang
Siapakah beep-beep??
Jawapan akan aku bagi diakhir coretan ini

Fry-Day 7.30A.M(Awal Morning)
Masing2 bangun awal kerana tepat pukul 8.30A.M tk kn P.M pulak kan,akan berlansunglah sesi menjawab kertas CTU241 beramai-ramai.Dingin hujan yang membantutkan bontotku ini untuk bangun tetapi dikejutkn oleh Ah Seong yang bangun entah pukul berapa tah,aku bangun golek-golek tengok dia sedang tekun membaca nota CTU yg dibuat oleh incik riezes yang juga dikenali sebagai orang tua,haha padan muka kau apis nama sedap-sedap dpt dekat kteorg memang siap.Sudah2 berbalik pada tajuk awat(ceh cakap penang pulak) cerita pasal orang tua tu,nanti aku buat satu episod pasal kau ye orang tua.Haa sampai mana tadi dah lupa pulak,Haishhh.Dengan kederat 4 tulang dan juga lemak dibadan aku melangkah dengan malasnye untuk bangun mandi,first time wey aku mandi awl.HAHAHAHA.Selesai sesi menyabunkan badan,mengosok gigi,berak kejap,tengok cermin puji diri sendiri yang memakan masa selame 15 minit aku keluar untuk bersiap2 untuk pergi ke kulej.Didalam bilik aku berfikir samada untuk memakai baju melayu ataupun baju bukan melayu(Kemeja la Dod) setelah mengambil masa yang singkat untuk berfikir lalu aku mengambil keputusan untuk memakai sahaja baju melayu kerana faktor-faktor kemalasan dan lanjut usia.Siap-siap tengok bilik sebelah hafiz masih sedang lena diuli mimpi indah.Lepak dengan Ah Seong dekat ruang tamu berbual bicara tentang kertas yang bakal dijawab tak lama lagi.Masing-masing meluahkan rasa gemuruh dijiwa.Sedang elok berbual bicara hafiz yang menyiapkan diri mengsuruh aku bersiap dengan cepat kerana eqa akan tiba tak lama lagi untuk mengambil kami.Kereta kebal eqa tiba dibawah lobi.Aku dan Hafiz turun kebawah.Masuk didalam kereta masing2 mendiamkan diri kerana pagikan takkan nak bising-bising pulak kan,selalu aku je yang kecoh.

8.20A.M
Selesai mencari parking dikulej aku,hafiz dan eqa bergerak ke kafe kulej untuk bersarapan pagi.Aku dan hafiz seperti biase memilih untuk minum sahaja.Air Susu Soya menjadi pilihan hati kerana itu sahaja sumber air susu kolej ikutkan hati nak jugak rasa air susu lain kn?kn?kn.Selesai acara minum pagi aku dan hafiz bergerak ke bilik pemeriksaan untuk mejawab kertas soalan yela jawab kertas soalan lah takkan jawab kertas jawapan pulak bukan final la macam tu kan.Tiba dibilek menjawab kertas peperiksaan,aku melangkah masuk dengan konfident dan yakin untuk menjawab kertas yang akan dijawab sebentar sahaja lagi.Mencari tempat duduk ya no sit aku no 8.citt depan sangat.Lepas mendengar taklimat-taklimat yang aku rase dah bape tahun aku dengar bende yang sama jek.Selesai mendengar taklimat dari incik taklimat.Maka tepat pada pukul 8.30A.M bermula lah sesi menjawab kertas finale.

8.30A.M-10.30A.M
Itulah waktu yang diberikan kepada semua pelajar untuk menjawab kertas soklan,apabila diberikan isyarat untuk menjawab aku dengan rendah diri memulakan dengan bacaan bismillah untuk mendapatkan berkat.Berkat la sangat study yang tk seberapa ini.Baca je lah,suka hati aku lah bukan kacau orang lain pn.Bukan aku mintak mike pn nk baca kan?kan?kan.Dengan Kofidentnye aku membuka kertas soalan.50-50 perasaan aku menjawab kerana ada soalan yang aku tahu dan sangat mengemarinya kerana aku baca dan aku tidak suka kerana ada yang aku terlupa dan terbuktilah aku melayu secara tidak rasminya kerana teringatkan kata-kata Dr.Mahathir bahawa melayu mudah lupa,walaupun aku berkulit gelap tetap itu semua hanya zahir sahaja batin aku tetap orang melayu.Suda-suda kang dah melalut da ne awat dok cerita pasal melayu pulak kan aku tengah jawab papper neh.Setelah satu jam berhempas pulas dengan pen dan juga minda yang aku kerah untuk berfikir untuk mendapatkan jawapan tiba-tiba aku terasa perut aku tidak memberikan kerjasama yang aku amat perlukan pada waktu ini,aku meletakkan pen dan terus mengangkat tangan untuk meminta izin untuk ke bilek pelaburan usang kulej.Agak lama aku mengangkat tangan kerana lecturer yang mengawal tempat aku sedang sibuk bersms,haishhh aku sepak jugak beliau karang.Aku terus mengangkat tangan kerana perut aku yang juga kurang sabar untuk melakukan pelaburan,perut itu juga sama seperti tuannya yang tidak sabar-sabar dalam melakukan sesuatu kerja.Setelah berabad aku mengangkat akhirnya beliau memperasani aku juga.Alhamdulillah dia datang dekat aku juga mau jugak aku bersujud syukur kerana beliau datang jugak.Aku pon menyatakan niat aku dengan senyum simpul dan lemah lembut dan macam faggot's pon adew kn aku dikala itu.Sewaktu melangkah keluar aku terpandang seorang minah yang sangat aku adore dikala semester 1,ketika dahulu aku melalu membuangkan masa dan tenaga aku dengan melakukan aktiviti yang sangat tidak berfaedah,melihat dia sambil melemparkan senyuman gatal juga merupakan salah satu aktiviti tidak bermoral aku.Berbalik dengan cerita,aku terpandang dia dan dia melemparkan senyuman dan aku membalasnya. Sedikit kecewa kerana dia sudah mempunyai teman,kerana aku pernah terserempak dengan dia dan juga temannya dan mereka agak mesra diwaktu itu sewaktu bersiar-siar di pasar malam seksyen 16.Back to the stories,Sesudah melakukan pelaburan yang tidak memakan masa sangat bagi aku,aku melangkah masuk penuh bergaya bak seorang calon parti yang sedang menang undi dipilihan raya.Kembali beraksi untuk menjawab dengan tekun kerana idea melimpah ruah bak ladang gandum yang penuh diladang,seketika aku melihat jam kelihatan masa berbaki 30minit lagi,aku mencongak waktu bahawa aku akan sempat buat ke?kerana masih banyak yang belum aku jawabkan didepan aku terlihat beberapa kelibat calon yang sudah siap lalu menbawa diri keluar dari bilek penyeksaan aku berkata dalam diri "Lajunya dorg tulis,ke dorg tk taw nk jawab?" bermacam-macam soalan yang bermain difikiran ketika itu.Aku buat tak endah lalu meneruskan perjuangan aku menulis bak seorang karyawan yang sedang mencurahkan idea-ideanya.30 minit berlalu dan lecturer bertitah akan bahawa masa sudah tamat dan selesai acara mengutip cebisan-cebisan yang sudah diselesaikan oleh para pelajar maka beransur lah semua keluar daripada bilek penyeksaan itu.

10.30A.M
Selesai menjawab aku dan hafiz bergerak ke kafe kulej untuk berjumpa dengan marka hafiz,cik eka.Melangkah ke kafe kulej kulihat timbunan manusia disana.Aku turut membantu hafiz mencari buah hati pengarang jatung intan payung beliau dan kami nampak kelibat eka dicelah orang ramai.Eka yang sedang menunggu kami kelihatan sangat gembira seperti kanak-kanak yang gembira mendapat gula-gula dari ibubapa mereka,sesudah melabuhkan bontot kami berborak mengenai kertas tadi,masing-masing mengeluarkan pendapat masing seperti berada didalam rancangan bicawa siswa(er er adew kew rancangan macam tu?).Kami mengambil keputusan untuk membeli sedikit barang untuk persiapan menyambut birthday beep beep malam ini,lalu eka memberi rancangan untuk mencari kek di warta sahaja.Kami berangkat dengan segeranya kesana.Sebelum kesana kereta kebal milik eka menjerik-jerit kehausan minyak lalu kami singgah untuk memberi kereta kebal milik eka sedikit kelegaan.Sampai di stesen minyak di seksyen 15 eka dengan selamba tanpa segan silu dan tak tahu malu membebel-bebel mengatakan beliau lapa,lalu aku dan hafiz mengikut sahaja kata eka dan kami makan di Big Plate berdekatan dengan kulej kami,disitu makanan sangat murah,sangat sangat murah nk makan free pon boleh HAHAHAHA. Sampai di Big Plate kami semua pergi mengambil makanan lalu sudah selesai memilih makanan untuk dijamah aku pergi membasuh tangan(yela basuh tangan tak kan nk basuh kaki cuci muka pulak kan?kan?kan?,kau nak kau buatlah),semasa menyucikan tangan dari kotoran dan kuman-kuman aku disapa oleh seorang pelayan disana yang turut aku kenali,sumpah aku tak tipu muka dia macam ariel peterpan sires do if tak caye korang datang ahh sane memang adew brader muke mcm ariel peterpan.Sesudah itu mulalah aktiviti menambahkan lemak-lemak di badan yang sedia ada.Selesai upacara terbabit kami berangkat untuk ke warta seperti yang telah dirancang sejak dari awal tadi.

12.00P.M
Sampai sahaja diwarta aku menyarakan eka untuk parking dibawah parking area di warta sahaja memandangkan cuaca malaysia yang sangat panas,yela kalau dkt UK aku tk kesah sangat kan.Sesudah parking kami lantas masuk melalui pintu bawah warta.Amat memeranjatkan aku apabila sejak sekian lama sudah hampir 1tahun 4 bulan di bangi baru aku tahu warta sengkek ini mempunyai pintu automatik dibawah,aku agak kagum dan amat teruja seperti kanak-kanak yang baru mengenal erti dunia.Masuk sahaja kedalam warta dengan niat untuk membeli kek kami terus ke kedai kek disana dan aku lihat eka tiada,eka menghilangkan diri.Ku lihat dia berada dikedai menjual gula-gula.Aku dan hafiz lantas pergi mendapatkan eka dan aku agak hairan kerana minah sorang ne tak kenyang-kenyang kew bukan tadi sudah menambah lemak-lemak badan kew?Aku meninggalkan mereka lalu pergi ke atm untuk mengeluarkan sedikit duit.Keluar duit dari kotak besi itu aku melihat baki uang aku agak banyak dari biasa mungkin sebab ade rezeki lebih bulan ini,HAHAHA.Aku pergi mendapatkan mereka lantas pergi kedai kek.Sesudah selesai memilih kek untuk dihadiahkan kepada beep beep.Hafiz mengingatkan kami supaya membeli pembalut hadiah untuk hadiah yang sudah siap dibeli untuk beep beep tempoh hari di jusco cheras selatan.Kami naik ke tingkat atas warta untuk pergi membeli pembalut hadiah dan disana semasa dalam tempoh memilih pembalut hadiah yang sesuai,eka memilih untuk membeli kad ucapan harijadi untuk beep beep dari beliau sendiri kerana dia dan beep beep sudah berkawan lama sejak dari semester satu lagi.Aku meninggalkan mereka berdua lalu aku berpusing-pusing untuk melihat barang-barang yang dijual didalam kedai itu,semasa melewati tempat dimana mainan-mainan budak-budak hingusan aku tertarik dengan spray untuk birthday party lalu aku menyambarnya dengan tidak berfikir panjang lalu aku membelinya dua kerana untuk aku dan hafiz untuk diraikan malam nanti.Sesudah itu kami beransur pulang,didalam perjalanan aku meningatkan bahawa lilin untuk kek dan benda-benda lain untuk persiapan malam ini tidak dibeli lalu aku memberi cadangan untuk membelinya di seksyen 9 dimana aku pernah membeli lilin disitu dan disana banyak pilihan untuk pelbagai jenis lilin,lantas kami bergerak kesana dengan lajunya kerana waktu sudah hampir mahu sembahyang jumaat bagi lelaki yang sedar akan kewajipan mereka dan mereka yang tidak sedar akan berpura-pura untuk pergi ke masjid padahal duduk dekat rumah tido sebagaimana yang selalu aku dan hafiz lakukan.Sampai diseksyen sembilan kami mencari parking kerana tiada parking yang berdekatan kami mengambil parking yang agak jauh dari kedai tersebut.Sesudah parking hafiz mengajak aku ke kedai motorsikal kerana beliau mahu memilik sebuah motor Yamaha CBR 150 yang harganya yangmahal lalu hafiz bertanyakan tauke kedai adakah motor itu dijual disitu sekali lagi hafiz hampa kerana tauke kedai itu berkata bahawa motor itu sudah kehabisan stok kerana permintaannya yang tinggi dan kilang yamaha mengeluarkannya dalam kuantiti yang sedikit(kilang ne pon satu da tahu demand tinggi keluar la banyak-banyak).Lantas kami bergerak untuk pergi kekedai itu semasa melalui saloon disitu eka terpandang seseorang artis didalam saloon terbabit lalu eka berkata "eh tu bukan cat farish kew?" kami terus memandang kedalam saloon terbabit dan mengiyakan jawapan eka itu.Aku berkata dalam hati "eh mamat neh tak reti malu kew?dah lah masjid besar bangi cuma seberang jalan dari situ,muke tembok ke hape?".Ahh biarkanlah aku pon ape kurangnya kan?kan?kan.Lalu sampai disana kami membeli apa yang patut dibeli dan lantas beredar dari situ dengan cepat dan tangkas kerana azan jumaat sudah berkumandang.Insaf sebentar kerana aku dan hafiz sahaja kaum adam yang berada disitu.


2.00P.M
Selesai sembahyang jumaat,aku dan hafiz balik ke rumah kerana masing-masing sudah terbayangkan tilam yang empuk dan bantal yang mengasyikkan sudah memanggil kami untuk kami beradu.Aku tido katil lain hafiz katil lain eh bukan sekali okay,ingat kami gay kew?memang gay pon,HAHA.Sampai dirumah landing diatas tilam terasa amat nyaman sekali kerana kehilangan tenaga yang amat banyak ditambah dengan tido yang lewat dan disertai oleh bangun yang sangat awal.Terasa mengantuk yang amat sangat mataku sudah memberikan respon untuk tido tetapi badanku masih kuat lalu aku membuka laptop kesayangan dan terus aku memilih beberapa buah lagu untuk aku perdendangkan sebelum aku tido.Lagu daripada beberapa band core yang amat kuminati seperti attack-attack,the architechts,dan sebagainya.Lantas ku buka folder gambar NANA kesayangan ku,ku lihat gambarnya tanpa jemu dan tiba-tiba terasa rindu yang amat kepadanya.Lantas aku terus melihat dan melihatnya,aku sayang kepadanya,hanya tuhan sahaja yang tahu.Semasa melihat gambarnya aku terlelap mungkin kerana terlalu keletihan yang teramat sangat aku lena dibuai mimpi.

7.00P.M
Hafiz mengejutkan aku dari mimpi indahku lalu aku bangun menayakan sudah pukul berapa lalu dia dengan selamba berkata dah nak maghrib dah pon lalu aku dengan malas untuk bangun terus mengkuatkan diri aku kerana berfikir mungkin tidak elok untuk tido sewaktu maghrib.Lalu aku dengan mamai itu terbau sesuatu yang sangat sedap,mungkin hafiz sedang masak sesuatu.Aku bangun terus keruang tamu dan lepak depan tv untuk melihat rancangan kegemaran hafiz iaitu National Geography di tv1 setiap hari pada pukul 7,hafiz sangat menggemarinya aku tidak paham kenapa hafiz sangat suka cerita-cerita sebegitu.Semasa sedang menonton tv hafiz datang membawa maggi yang dimasaknya tadi.Ceiiittt masak maggi je ke?haha okay la rajin jugak budak tu masak nk harap aku smpai tahun depan dapur rumah kami tidak berasap.Lalu aku mengambil rokok dan menghisapnya kerana sejak bangun dari tadi aku tidak menghisap rokok.Selesai menghisap rokok hafiz menghulurkan maggi,pada mulanya aku menolak tetapi aroma maggi yang kuat memaksa aku untuk menjamahnya jugak.Setelah selesai maggi aku kerjakan,lantas hafiz memberikan cadangan untuk membeli air minuman untuk dibawa malam ini aku terus bersetuju mengikut rancangan hafiz itu.

9.00P.M
Kami keluar untuk membeli air minuman tadi,aku memberitahu hafiz bahawa yang aku ingin mengeluarkan duit dari atm lagi,lagi dan lagi.Haishh hari ini sudah aku lakukan transaksi dan satu lagi transaksi akan aku lakukan.Setelah berbincang kami sepakat untuk pergi ke cimb seksyen sembilan,setelah membuat perhitungan disana,hafiz memberikan cadangan untuk pergi ke billion pkns untuk membeli air minuman dan tepung untuk persiapan malam ini.Lantas aku terus mengikut sahaja kata-kata orang tua ini dilawan karang kecil hati yelah orang tua kan kene jaga hati kan.Selesai membeli-belah dan menghabiskan duit aku kami terus ke rumah eka yang berdekatan dengan kawasan-kawasan itu dan sewaktu dengannya,kami memberikan semua barang-barang itu kepada eka kerana kami takut akan tertinggal di rumah nanti.Lantas aku dan hafiz terus beredar dari sana kerana kami berjanji untuk keluar pada pukul 11 nanti.Didalam perjalanan pulang aku text dengan nana bertanyakan sama ada beliau mempunyai kredit atau tidak kerana aku bakal singgah di seven-e untuk membeli stok baru untuk rokok.Singgah di seven-e aku membeli rokok,topap maxis dan juga air feveret aku iaitu air tinge warna kuning sangat sedap wooo dan juga air itu sangat murah.Keluar dari seven-e aku memandang kedai burger yang berhampiran lalu aku berkata pada hafiz yang aku ingin memesan burger untuk mengalas perut aku hafiz yang kempunan juga memesan burger kerana tempoh hari beliau mahu membeli burger dikala bulan mengambang tidak kesampaian kerana kedai itu tutup,padan muke kau sape suroh carik time-time lewat pagi memang lah tkdekan.Selesai membeli kami dengan tangkasnya pulang kerumah untuk mendapatkan tenaga yang untuk meraikan ulang tahun harijadi beep-beep.Sampai dirumah aku membuka tv lantas menukarkan ke tv3 kerana rancangan muzik-muzik.Dah itu jek yang seronok tengok rumah kami tiada astro,so nak tak nak tengok jugak lah kan.Aku yang agak agak lapar mengambil burger yang dibeli tadi sambil kulihat tv mulutku juga memainkan peranan.Setelah selesai aku melihat hafiz sudah menyalinkan pakaian lalu aku pun bersiap lalu aku mengenakan t-shirt putih juga seperti hafiz mengenakan t-shirt putih aku sengaja memilih baju kaler ini untuk mengelakkan kesan yang terlampau apabila kami membaling tepung kepada beep-beep nanti.

11.00 P.M
Sesudah siap kami lantas kerumah eka,sebelum itu aku menyatakan kerisauan akan minyak yang kurang lalu aku menyarakan kepada hafiz supaya mengisi minyak dahulu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti tolak kenderaan bagi kenderaan yang kehabisan minyak.Malu beb muke market kene tolak moto.HAHA(aku pinjam ayat nabil).Meter minyak yang rosak menyusahkan aku untuk mengagak berapa yang patut diisi lalu aku membuat pembayaran di kaunter lalu hafiz mengiisi minyak dan cuma tinggal rm 1.20 lalu minyak penuh dan hafiz dengan selamba berkata pegi ambil duit kau tu rm 1.20 duit jugak tu,aku dengan tidak tahu akan perkara ini berkata "eh boleh mintak balik kew weh?" lalu hafiz mengelengkan kepala terus mengambil baki duit lalu menyerahkan kepada ku dan berkata "Lain kali if isi minyak,da full tank ade baki mintak even berape pn baki kau,tak mintak nanti cashier tu yang untung".Aku yang tidak tahu cuma mengangguk tanda paham,perkara baru yang aku baru belajar selama 19tahun,HAHA nampak sangat aku ne sangat kuno kn?kn?kn.Hafiz terus memecut dengan lajunya da kurang dari 5 minit kami sampai dirumah eka.Selamat tiba didestinasi yang ingin dituju kami segera ke rumah eka,lalu mengambil semua barang yang ingin dibawak lalu memunggah masuk ke dalam kereta kebal eka.Setelah siap kami semua menuju ke rumah beep-beep yang terletak diseksyen satu,didalam perjalanan menuju ke seksyen satu satu perbincangan yang agak serius bagi hafiz dan eka untuk menyatakan dengan plan malam ini yang telah dirancangan dengan teliti lalu aku menyampuk dengan tidak berapa paham akan rencana malam ini lalu aku berkata "Malam ini macam mana??,nak celebrate dekat mana neh,shit lake lagi kew?." Eka memandang aku seperti aku telah melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan semua orang dia dengan selamba berkata "Bukan nak pergi putrajaya ke?".Berlaku sedikit kekeliruan disini lalu aku yang amat prihatin terus mendiamkan diri tanda aku bersetuju tambah mengikut sahaja kata-kata mereka,hafiz dan eka ne bukan boleh karang pasal bende-bende macam ini boleh gadoh da tak celebrate birthday beep-beep.Lantas tiba dirumah beep-beep eka dengan pantas dan tuntas menelefon elina dengan menggunakan telefon aku tanpa meminta izin dari tuannya, sesudah itu kelihatan kelibat dua orang makhluk sedang perlahan-perlahan keluar dari rumah,mereka merupakan beep-beep dan juga elina.Setelah itu kami semua bergerak ke destinasi yang masih menjadi tanda tanya.Singgah si stesen minyak untuk mengisi minyak kereta kebal eka,Cehhh kuat mentedarah betol kereta kebal eka neh sama macam tuan dia.Berlaku satu kejadian disitu entah dimana silapnya aku menunjukkan slip transaksi uang aku kepada beep-beep,beep-beep seperti tidak percaya baki uang aku terus bertanyakan soalan yang bertalu-talu seperti mesingan yang sedang memuntahkan peluru turut serta dalam acara ini elina dan juga eka bermacam-macam soalan yang aku terima daripada mereka lantas beep-beep dan juga membuat aksi menggoda mereka,ikutkan hati mahu jugak aku lempang mereka sekor-sekor teringat bahawa aku sangat baik dengan teman mereka aku membiarkan sahaja perbuatan mereka.Eka menunjukkan slip transaksi aku kepada hafiz,dengan tiada perasaan hafiz tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut,cool lah tu.Belah la kau orang tua.Terus kereta kebal eka meluncur laju ke putrajaya.Dalam perjalanan beep-beep sempat bergurau lucah dengan aku turut serta didalam perbualan itu eka dan juga elina.Aku turut membual lucah dengan mereka kerana perbualan mereka yang agak rancak itu masing-masing memberikan pendapat mereka.Aku agak terkejut kerana tidak menyangka mereka sebegini pada malam ini.

11.50P.M
Setelah puas berpusing-pusing disekeliling putrajaya kami mengambil keputusan untuk menyambut ulang tahun harijadi beep-beep di depan perbadanan putrajaya.Setelah mencari parking yang bersesuaian lalu kami semua keluar dari kereta itu.Aku yang sangat merasa lega kerana tidak bersempit-sempit seperti didalam tin sardin cap ayam brand.Lantas beep-beep menyatakan hasrat untuk membuat panggilan alam(nature call la).Lalu aku menyuruh elina menjadi teman beep-beep untuk pergi ke tandas,aku memesan elina supaya menangguhkan beep-beep supaya aku,eka dan hafiz boleh membuat persiapan bagi menyambut ulang tahun kelahiran beep-beep.Aku segera mengambil segala peralatan telah kami sedia sejak dari pagi tadi di dalam bonet kereta kebal eka.Lalu mengeluarkan segala macam benda.Kek,makan dan minuman tidak lupa spray yang aku beli diwarta tengahhari tadi aku gunanya sebaik yang mungkin.Hafiz pergi ke tandas untuk melambatkan lagi beep-beep eka menyarankan kami supaya menyembunyikan diri jauh dari tempat yang dirancangkan supaya plan kami menjadi malam itu.

12.00A.M(Awal Morning)
Setelah menunggu beep-beep selama 5minit,5minit itu juga aku mencangkung sambil memegang kek dah macam orang gila pon ada kerana sambil menunggu aku membebel-bebel kepada diri sendiri.Tidak lupa juga bahawa eka turut sama denganku menyembunyikan diri dia tidak kurang hebatnya membebel-bebel kepadaku.Kulihat dibelakangku ada satu kumpulan muda-mudi remaja sedang lepak sambil bermain gitar,melihat mereka aku berasa sangat kagum,tetapi kekaguman aku terhadap mereka sekejap sahaja kerana mereka sedang asyik menyanyi lagu bunkface,jadah dia aku ingat buat lagu sendiri ke hapa,maklumat tambahan rata-rata yang datang kesini tujuan hanya satu untuk melepak bagi individu yang membawa keluarga,dan bagi pasangan kekasih yang turut ada mereka tanpa segan silu mempamerkan aksi-aksi lucah mereka dikhalayak ramai.Berbalik kepada aku dan eka setelah nampak si birthday girl,elina dan hafiz datang.Ternyata mereka semua mencari kami.Hafiz dan elina merupakan pelakon terbaik malam itu,jika ada anugerah skrin tahun ini aku rasakan mereka patut menang.Setelah beep-beep melabuhkan bontot 42'inci beliau aku dan eka terus menyerbu kearah beliau sambil kek ditangan ku dengan lilin yang siap dinyalakan.Dengan itu berkumandanglah lagu yang selalu didengari apabila menjelang ulangtahun harijadi seseorang.Lagu bunkface jadah kau,itu muda-mudi yang nyanyi tadi biarkan je lah mereka.Setelah itu upacara meniup lilin dan memotong kek pon dijalankan.Setelah ada la jugak beberapa sesi mengambil gambar sebagai kenangan di hari tua kelak.Setelah itu aku,hafiz dan eka memberikan hadiah kepada beep-beep dan memberikan kad ucapan masing-masing kepada beep-beep,suasana haru disitu yelah perempuan kan paham-paham sudeeeee,selepas itu masing-masing merasa kek yang telah dibeli tadi,agak sedap kek coklat ape tah tadi memang sedap dimakan dan dicalitkan kemuka.HAHA.Perkara ini terjadi apabila beep-beep cuba mencalitkan kepada eka,lalu aku yang tengah menikmati makanan berpura-pura tidak menunjukkan minat lalu aku dengan selamba mengekori eka ke kereta kebal dengan niat mahu mengambil tisu didalam kereta.Sedang eka menghulurkan kepada ku tisu aku juga mengulurkan eka cebisan-cebisan kek kemuka beliau,setelah diteliti muka eka seakan-akan muka perjuang negara yang akan pergi mempertahankan tanah air tercinta.Selesai acara mencalitkan kek dimuka aku melihat hampir semua kene kecuali aku dan elina.Elina awal-awal sudah memberi tahu bahawa dia mahu keluar esok hari dan tiada baju untuk dipakai lantas kami semua paham yela karang buat jugak mengamuk pulak da tarik muka da tak best majlis ini kan.Aku pergi kepada hafiz bertanyakan bila hendak gunakan spray dan tepung yang sudah distandby hafiz mengatakan "Lek dulu pergi tempat lain,karang buat dekat tempat ini kene saman karang" aku menangguk tanda setuju lalu setelah selesai semua acara kami berkemas-kemas untuk pulang.Sebelum pulang eka merengek-rengek kelaparan kerana dia tidak menjamah apa-apa sejak dari tengah hari tadi,makan kek bukan kenyang pon katanya.Lalu kami bersetuju untuk pergi makan di taman warisan pertanian putrajaya disitu tempatnya yang sgt 'ekslusis'.Aku tersasul untuk mengatakan ekslusif dan terus menjadi ekslusis,ahh lantak lah.Tiba di taman warisan,kekecewaan lahir dimuka masing-masing kerana taman warisan sudah tutup waktu operasinya.Kami bercadang untuk makan dibangi sahaja.Lalu kereta kebal eka meluncur dengan laju,sebelum itu kereta eka berhenti di percint 2 jika tidak salah kerana aku ingin menunjukkan beep-beep sesuatu didalam laptop.Lalu kami semua berhenti dan beep-beep keluar dari kereta,lalu aku keluar untuk mendapatkan spray dan laptop aku serah kepada beep-beep,ketika itu eka juga diluar kereta dan mereka rancak berbual.Aku kebahagian belakang kereta lalu spray yang ku letakkan dibahagian belakang poket dan aku terus mendekati mereka datang dengan senyuman kambing gurun lalu aku terus mencapai spray,maka habislah beep-beep aku kerjakan tidak lupa juga eka turut aku spray.Datang hafiz turut membantu aku.Spray yang aku beli tidak sampai 5minit sudah kehabisan agak terkejut kerana aku ingatkan spray itu kuantiti didalamnya yang agak banyak tetapi tidak.Setelah itu aku mencapai tepung yg sudah berada dibelakang kereta lalu aku pergi mendapatkan beep-beep kerana dia merupakan sasaran besar aku malam ini.Aku lemparkan tepung kemuka putih beliau,beliau menjerit ibarat seperti dirogol.Semua turut serta elina pun tidak terkecuali tetapi dia tidak dibaling tepung kerana meningatkan kami akan bahawa dia sudah berjanji dengan saudaranya untuk bersiar-siar bersama.Selesai itu seperti biasalah menangkap gambar masing-masing banyak jugak gambar yang diambil.Selesai sudah majlis tepung tawar kepada pihak yang berkenaan.Kami segera pulang kebangi kerana hari sudah lewat malam.


Setelah semua selesai,makan pon sudah kami menghantar elina dan beep-beep kerumah mereka,lalu kami bergerak kerumah eka untuk menghantar beliau.Sampai dirumah eka,hafiz menghantar eka sampai pintu rumahnya dan kami pulang menuju ke rumah kerana keletihan yang amat sangat dirasai.Oh ya seperti dijanjikan beep-beep/birthday girl yang dimaksudkan ialah adila binti azhar,haha sory dila aku tak tahu nama penuh kau,nama dila tapi kami semua panggil beep-beep kerana dia mempunyai beep-beep dimuka beliau.

Happy Birthday
SELAMAT HARI JADI KE-19 Dila.

Thursday, November 5, 2009

Ke Blog

'Pergh baru nk adew blog kew??'
first question that be always to be ask.
haha
thousand apologizes to all
saya baru nk buat blog
budak kampung la kate kan
ape yang satu tahu pasal internet neh
papan kekunci jek lah
:D
first entry nothing to said
hope i'll not lazy doing this
new activities add to my life
besides
makan tido makan tido

new activities
blogging
haha
too much nagging**
boboy