Monday, May 10, 2010

Pilihan

Hidup ini acapkali didatangi dengan pelbagai masalah dan kita sering kali mendapat pelbagai pilihan untuk menyelesaikannya dan adakalanya pilihan itu bukan pilihan yang terbaik yang dilakukan oleh kita dan disetiap kesilapan yang kita lakukan pasti ada hikmah mahupun rahmat yang terselindung disebalik kesilapan itu, aku tak mahu bercerita panjang lebar mengenainya apa yang tersirat dihatiku cuma masalah yang semakin lama aku pendam semakin pening aku memikirkannya

bukan apa ini melibatkan orang yang paling aku sayang dan paling penting dalam hidup aku, terfikir jika tiada dia memang aku tiada dekat dunia ini,Hurmm aku mendapat berita ini sewaktu aku didalam final examination diketika itu aku balik ke rumah kononnya meminta keberkatan untuk menjawab kertas aku nanti dari kedua ibu bapa aku, balik macam biasa lah,sampai rumah cari kawan-kawan dahulu, hafiz,syafik,kiki &lain2 (ramai sangat karang habis satu page sebut nama korang je guys (= ) lepak dekat maple senda-gurau and then aku balik tengok semua yang dalam rumah aku kelihatan sugul dan serius sekali,

agak ganjil jugak lah sebab rumah aku tak pernah macam itu selalunya dipenuhi dengan gelak ketawa mahupun bebelan dari adik kecil ku. Bertanya kenapa semua macam ini dan jawapan yang ku dapat hanya pelukan dari mama aku agak bingung kenapa mama berkelakuan seperti ini. Aku bertanya kenapa mama macam ini apa yang terjadi, mama mengatakan yang abah sedang sakit, aku hairan dengan kenyataan itu,ya aku tahu abah ada penyakit tapi kenapa sampai macam ini, mama mengatakan yang abah di jangkiti virus TB, aku agak pelik bukan ke TB tu batuk kering ke?? mama cakap tu lain yang ne Virus TB same like cancer aku macam terkedu, aku seperti hilang ayat untuk berkata-kata mama mengatakan yang Virus tu dah seperate tu backbones, apa yang aku tahu abah perlu dibedah untuk membuang tulang yang telah dijangkiti virus dan tulang belakang abah akan diganti dengan tulang rusuk abah. Adusss perlu ke semua ini bermacam persoalan yang bermain di benak fikiran aku sekarang, dari apa yang aku tahu kemungkinan yang abah akan di bedah awal bulan Jun ini dan apa yang tersirat dihati aku, kalau abah jadi buat operation dan doktor dah cakap awal-awal lagi kalau abah operation at least abah kene rehat untuk 3 bulan minimum,dalam 3 bulan tu aku tahu yang company akan bagi gaji but only at basic payment,wtf!! bukan aku tak bersyukur,aku sangat-sangat bersyukur tapi memang tak cukup untuk tampung expenses kami sekeluarga dengan akak aku baru je kerja gaji berapa lah sangat kalau dia nak tolong sangat kan dan aku berfikir kalau abah operate maknanya tanggungjawab 'ketua keluarga' already at my shoulder nak tak nak aku memang kene galas tanggungjawab tu kan. Aku ada berbincang dengan semua family members yang aku nak tolong if abah jadi operate nanti, aku ada beberapa pilihan antaranya

1.Aku berhenti belajar, cari kerja
Bukan aku dah tak minat belajar,tapi aku rasa dah tiba masa untuk aku bertanggung jawab untuk keluarga,biarlah aku korbankan masa depan aku untuk keluarga sebab keluarga aku lagi penting dari masa depan aku,ya memang aku tak nafikan yang pelajaran penting untuk menjamin masa depan aku tapi dengan situasi sekarang adakah ianya menjamin keluarga aku dengan masalah ini yang aku rasa memang tiada jalan penyelesaiannya. Aku dah fikir kalau aku berhenti aku dah dapat tempat untuk aku berkerja, kerja office kerja biasa, sementara menunggu abah sihat aku ingat pagi aku kerja di office malam pulak aku dengan shisha itu sahaja cara untuk aku membantu keluarga aku untuk mencari rezeki.

2. Teruskan study, part-time job
Ramai rakan-rakan dan teman-teman yang suruh aku buat macam ini,tapi buat part-time job berapalah sangat yang boleh aku dapat,setakat 600-700, jumlah tu mana cukup untuk bagi dekat family aku. Kalau itu yang aku bagi cuma dapat bayar beberapa bil je lah kan,mana cukup duit belanja dapur lagi, duit kereta, kad kredit,bla bla bla too many bills yang aku tengok abah settlekan monthly,dusss memang tak cukup ahhh if aku buat part-time kan,kan,kan???

3.Continue nue nue study dont' bother bout this matter
Yang ne abah punya suggestion,duss lagi aku tak boleh terima,im not against your abah, but tak kan orang nak duduk diam je,for sure hati tak tenang dekat bangi if i'm continuing my study,abah pesan apa-apa jadi pon abah nak tengok aku grad dekat sana,dussss tension lah.Abah cakap if dah desperate sangat auntie norlia nak tolong,duss bab pinjam-pinjam neh aku tak berapa suka memang lah kadang-kadang kita perlukan pertolongan tapi nanti aku takut orang lain ungkit benda-benda macam ini,cukup lah dahulu punya hal aku dah tak nak benda neh jadi issue lagi...

tolong lah,aku dah tak tahu nak buat apa lagi buntu fikiran aku sekarang ..

No comments:

Post a Comment